SOALAN
BOLEHKAH saya membuat implan gigi, di mana pembedahan kecil akan dilakukan pada gusi dan gigi palsu akan ditanam di dalamnya. Saya menjadi kurang berkeyakinan apabila bercakap dan menjadi sangat pemalu berikutan keadaan gigi saya. Jika saya melakukan implan gigi, adakah apabila meninggal dunia implan itu perlu dibuang? SYMA Pasir Puteh
JAWAPAN
Gigi yang diimplan secara kekal tidak perlu dibuang selepas meninggal dunia. Pembuangan hanya akan menyakiti si mati justeru harus ditanam bersama implan berkenaan. Islam mengharuskan gigi diperbetulkan kerana ia memberikan keyakinan kepada kita selain membetulkan sebutan untuk bacaan al-Quran.