DR. MASHITAH IBRAHIM
SOALAN
Seorang suami dalam keadaan marah menghantar pesanan SMS kepada isteri, menyatakan talak akan jatuh sekiranya isteri terus berkawan dengan individu tertentu.
Disebabkan SMS itu, si isteri memutuskan persahabatannya dengan individu yang juga kawan baiknya sejak kecil (wanita) bagi mengelakkan talak jatuh. Persoalannya, adakah isteri berkenaan berdosa kerana memutuskan silaturahim dengan sahabat disebabkan SMS itu?
Bolehkah talak bersyarat seperti itu ditarik balik oleh si suami sekiranya dia menyedari kesilapannya? Bagaimanakah caranya?
Sahabat musykil
Kota Kinabalu
JAWAPAN
Talak adalah satu kuasa yang Allah SWT beri kepada suami berdasarkan kematangan dia berfikir. Oleh itu usah bermain dengan talak sewenang-wenangnya.
Seorang isteri wajib taat perintah suami pada perkara yang harus. Jika suami tidak reda dengan persahabatan itu, maka jauhkan saja tanpa perlu memutuskan silaturahim.
Talak bersyarat ini boleh diubah pada bila-bila masa saja. Jika suami tersedar dia sudah melakukan kesilapan, dia perlu melafazkan bahawa tidak lagi menggantungkan syarat talak pada isterinya.
Dengan lafaz itu, akan batal syarat yang dielakkan pada peringkat awal.