.

07 Februari 2014

QADHA' PUASA SELEPAS SIHAT

DR. MASHITAH IBRAHIM

SOALAN

Ramadan tahun lalu, isteri saya terpaksa ‘ponteng’ puasa tiga hari kerana tidak larat dan tidak mampu berpuasa disebabkan alahan mengandung.

Maka, bagaimanakah cara membayar fidyah dalam situasi isteri saya sekarang? Jika difikirkan untuk menggantikan puasa, isteri tidak mampu melakukan kerana bimbang memudaratkan anak dalam kandungan.

Anak pula dijangka lahir Mac ini. Mungkin waktu itu, isteri perlu menyusukannya dan tidak mungkin dia sempat menggantikan puasanya tahun lalu. Mohon penjelasan daripada Datuk.

SHAI
Kerteh

JAWAPAN

Islam ialah agama fitrah yang sangat realistik dalam kehidupan. Wanita uzur dibolehkan berbuka puasa bagi menjaga kesihatan diri dan keselamatan anak dikandungnya.

Tunggulah sehingga isteri saudara benar-benar sihat barulah mengqadakan puasa yang tertinggal.

Jika sampai terlepas dan masih belum sempat membayar puasa, bayarlah fidyah dahulu iaitu secupak untuk sehari.

Jika tiga hari yang tidak sempat diqada pada tahun pertama sehingga masuk Ramadan yang kedua, maka bayarlah tiga cupak beras pada orang miskin.