.

07 Februari 2014

QADHA' SOLAT ARWAH BAPA

DR. MASHITAH IBRAHIM

SOALAN

Ibu mentua saya pernah memberitahu bahawa ketika ayahnya meninggal dunia, ada seorang ustaz memberitahu mereka supaya menggantikan solat fardu arwah dengan menghimpunkan semua barang kemas dimiliki oleh anaknya dan menimbangnya.

Hasil timbangan emas hendaklah dikira berdasarkan harga emas semasa dan jumlahnya (dalam bentuk wang) perlu diserahkan kepada ustaz berkenaan.

Kemudian, ustaz itu akan menguruskannya mengikut kiraan tertentu. Saya tidak percaya cara ustaz itu.

Ini kerana saya difahamkan jika arwah tertinggal solat fardu, anaknya perlu menjadi wakil untuk menqadakan solat berkenaan. Boleh Datuk terangkan?


Si keliru
KL

JAWAPAN


Solat adalah ibadat fardu ain yang diwajibkan ke atas individu itu sendiri. Ia tidak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk melakukannya kerana sekiranya seseorang itu sakit maka dia boleh bersolat dengan cara duduk atau berbaring atau pun dengan isyarat mata.

Bila seseorang sudah sembuh dari sakit, dia boleh saja menqadakan solat sendiri. Bila seseorang sudah meninggal dunia, tiada kewajipan menqada solat bagi pihak si mati.

Ibadah bagi orang yang meninggal dunia ialah sedekah jariah atau doa daripada anak soleh. Cara yang dinyatakan ustaz dengan menjual emas adalah batil belaka.